Bina website untuk bisnes kecil yang mahu lebih banyak pertanyaan
Saya bantu susun dan bina website atau landing page berdasarkan servis, soalan pelanggan dan cara mereka menghubungi bisnes. Kita mulakan dengan skop yang jelas untuk bisnes anda.
Rancang struktur dan kandungan
Saya semak siapa pelanggan anda, apa yang mereka cari dan soalan yang biasa mereka tanya. Daripada situ, kita tentukan halaman yang perlu, isi setiap halaman dan cara pelanggan boleh bertanya.
Bina website atau landing page
Saya bina laman statik yang mudah dibuka di telefon. Saya semak susun atur, navigasi papan kekunci dan laluan ke WhatsApp atau saluran pertanyaan yang dipersetujui.
Asas SEO dan pengukuran
Saya sediakan tajuk halaman, canonical dan sitemap. Ikut skop, saya boleh set up Google Search Console dan analytics untuk menyemak penemuan halaman dan klik pertanyaan.
Contoh kerja Setia Alam Dental
Untuk laman klinik ini, skop kerja saya meliputi kajian bisnes dan pesaing, perancangan struktur halaman, binaan laman dan asas SEO tempatan. Maklumat rawatan disusun bersama laluan untuk membuat pertanyaan.
Cara minta sebut harga
Kongsi nama bisnes, servis, kawasan pelanggan dan halaman yang anda perlukan. Sertakan matlamat projek dan URL jika sudah ada website. Saya akan semak maklumat itu sebelum cadangkan skop dan sebut harga.